Photobucket
http://syednaharalshahab.blogspot.com

Thursday, October 11, 2012

Kedatangan Keluarga Shahabuddin (Syihab) dari Palembang ke Kedah & salasilah Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin)




Yang pertama kali datang dari Tarim Hadramaut ke Palembang adalah Al Habib Muhammad Az Zhahir bin Hussein Bin Muhammad Az Zhahir bin Hussein Bin Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad Shahabuddin Al Asghor. Beliau adalah generasi ke 35 dari Ar Rasul Muhammad SAW.Beliau tiba di kesultanan Palembang pada massa pemerintahan Susuhunan Ahmad Najamuddin Adi Kesumo(1171-1190 H/1758-1778 M).Al Habib Muhammad Az Zhahir ini nikah dengan salah anak dari Sultan Muhammad Bahauddin dan memiliki anak yang bernama Pangeran Husin .Selanjutnya Keluarga Shahbuddin ini merupakan keluarga dalam ke sultanan Palembang dan memegang peranan yang penting terutama dalam hal bidang ugama.Pangeran Husin Shahabudin ini hidup di masa Sultan Badarudin ke II dan beliau adalah sepupu Sultan.

Pangeran Husin ini memiliki 2 orang anak yakni Raden syed Muhammad Az Zhahir dan Hasan(bergelar Raden Hasan). Raden Syed Muhammad Az Zhahir bin Pangeran Husin Shahabuddin ini memiliki beberapa orang putra di Palembang selanjutnya kira2 tahun 1780 an beliau berhijrah ke Kedah dan berkawin dengan saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah marhum Melaka.Dari perkawinan ini beliau mendapat putra yakni Syed Zainal Abidin.Karena dari pihak ibunya adalah keturunan bangsawan Kedah maka syed Zainal Abidin juga dikenal dengan panggilan Tungku Zainal Abidin dan rakyat Kedah lebih mengenalnya dengan sebutan Tungku Kudin.Syed Zainal Abidin/Tungku Kudin di lahirkan di Kedah kira tahun 1790.

Penjajahan Siam di Kedah, mulai 1821 telah mencetuskan siri gerakan membebaskan negeri Kedah di bawah pimpinan golongan bangsawan Kedah. Pada tahun 1826, Syed Zainal Abidinbin Muhammad Az Zhahir Shahabuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Tunku Kudin, anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah,Tunku Long Putih(orang kepercayaan utama Tungku Kudin,tungku long putih ini adalah anak Tungku Raden asal Palembang yang berkawin dengan Tungku Jam jam saudara Sultan Ahmad Tajuddin) dan Tunku Sulaiman melancarkan serangan ke atas pertahanan Siam di Kota Kuala Kedah. Serangan mereka dapat dipatahkan oleh pasukan Siam. Pada tahun 1828, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, Tunku Kudin dan Tungku Long Puteh berada di Seberang Perai. Pada tahun 1829, Tunku Kudin, bersama pengikutnya, dengan disertai, antaranya Tunku Long Puteh, Tunku Jaafar dan Tunku Dagang, anak Tunku Long Puteh; panglima Hassan, Mis, Che Rio, Awang Lahal dan Che Akil melancarkan serangan ke atas tentera Siam di Kedah tetapi dikalahkan oleh tentera Siam. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah juga merancangankan serangan ke atas tentera Siam di Kedah tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana rahsia rancangan baginda diketahui oleh Siam.



 Surat yang baginda hantar kepada Seri Lela Pahlawan dan Raja Putera Jaya mengenai perkara ini jatuh ke tangan Siam. Dalam bulan Januari 1830, Tunku Kudin berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 orang mara ke Kedah melalui Perai. Setelah berada di Kedah, angkatan Tunku Kudin menjadi bertambah ramai dengan penyertaan penduduk Kedah. Mereka yang menyertai Tunku Kudin ini mengsifatkan perjuangan mereka adalah jihad menentang orang kafir, Siam. Pada tahun 1831, angkatan Tunku Kudin terdiri daripada 2,000 orang, termasuk di dalamnya 80 orang bekas tentera sepoi, memakai pakaian seragam pasukan sepoi British dengan semangat jihad,melancarkan serangan ke atas pasukan Siam yang berada di Kota Kuala. Dalam pertempuran ini angkatan Siam dikalahkan. Kota Kuala dapat diduduki oleh Tunku Kudin pada 24 April 1831. Pasukan Tunku Kudin mendapat bantuan daripada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah.



Dalam usaha menjamin hubungan baik British-Siam, Gabenor R. Ibbetson menyatakan British tidak terlibat membantu Tunku Kudin, hanya Tunku Kudin yang menyibarkan dakyah British membantunya.Di samping itu Gabenor R. Ibbetson mengeluarkan isytihar, mereka yang terlibat dalam serangan ke atas Kedah disifatkan sebagai lanun.35 Tentera Siam yang bertahan di sini mengundurkan diri ke Alur Ganu, markas pertahanan mereka. Kira-kira 30 orang tentera Siam ditawan dan disiksa sehingga mati,sebagai membalas dendam di atas tindakan tentera Siam sebelum ini ke atas orang Kedah.Begitu juga dengan orang Cina yang membantu tentera Siam disiksa hingga mati.Kejayaan Tunku Kudin mengambil balik Kota Kuala, serta mengundurkan tentera Siam diketahui oleh Chao Phya Ligor. Beliau telah mengumpulkan kira-kira 7,500 orang dengan 3,000 ekor gajah dan mara ke Kedah pada Juni 1830. Angkatan ini bergerak ke Trang, memasuki Kedah dan bergabung dengan angkatan mereka yang sedia ada di Alur Ganu. Angkatan Siam telah melancarkan serangan ke atas pasukan Tungku Kudin.

Dalam pertempuran yang gagah berani ini Tungku Kudin dengan pasukan mempertahankan tanah kelahirannya yakni Kedah sampai titik darah penghabisan dan beliau beserta kira 50 orang Melayu terkorban di daerah Kota Kuala oleh tentara Siam yang jumlah dan peralatannya lebih lengkap.Pada badan Tunku Kudin terdapat kesan tembakan peluru. Bagi orang Melayu Kedah, perjuangan ini adalah perang jihad, menentang kafir; mati syahid dan masuk syurga.Tunku Kudin telah dipancung kepala, kepalanya dibawa ke Bangkok.Perlawanan Tungku kudin yang gagah berani ini menjadi inspirasi bagi pejuang2 Kedah selanjutnya yang pada akhirnya berhasil membebaskan Kedah dari upaya penjajahan Siam.

Tungku Kudin ini memiliki dua orang putra yakni Syed Hasan dan Syed Husin,hingga kini keturunan Tungku Kudin/syed Zainal abidin bin Muhammad Az Zhahir bin Husin Shahabuddin,keturunan dari ke dua putranya ini hingga saat ini ada di Kedah dan Kuala Lumpur.Diantara keturunan Tungku Kudin ini sepanjang masa menghiasa sejarah negeri Kedah hingga setelah masa kemerdekaan ada diantara mereka menjadi orang orang penting sementara keluarga terdekatnya saat ini juga masih ramai di Palembang yakni di daerah kampung Muaro,sei bayas dan berbagai tempat di Indonesia.

Ayah Tungku Kudin/Syed Zainal Abidin yakni Raden Syed Muhammad Az Zhahir memiliki seorang saudara yang menetap di Palembang yakni namanya Raden Hasan dan salah satu putra raden Hasan ini adalah Husin.Jadi syed Husin ini sepupu kepada Tungku Kudin.Syed Husin bin Raden Hasan ini nikah dengan anak Sultan Badaruddin II dan memiliki putra yang bernama Pangeran Syarief Ali bin Husin bin Raden Hasan Shahabuddin.Nama Pangeran syarief Ali Shahabuddin ini cukup di kenal dalam kesultanan Palembang Darussalam.Dari huraian ini kita dapat menarik garis kesimpulan adanya hubungan yang erat Tungku Kudin dengan kesultanan Palembang Darussalam dan memang beliau juga memiliki darah keturunan kesultanan Palembang Darussalam.






Syed Hussein Bin Syed Zainal Abidin Syihab (anak Tunku Kudin) dimakamkan di Masjid Kota Raja, Kota Kuala Muda Kedah.

Syed Hussein Bin Syed Zainal Abidin Syihab juga merupakan bapa mertua kepada Sultan Abdul Hamid Kedah yang mengahwini anakanda beliau yang bernama Syarifah Seha.




Syed Hussein Bin Syed Zainal Abidin Syihab (anak Tunku Kudin) dimakamkan di Masjid Kota Raja, Kota Kuala Muda, Kedah.

Video ke makam Syed Abdul Hamid Bin Syed Hussein Syihab (cucu Tunku Kudin) 




Syed Abdul Hamid Bin Syed Hussein Syihab (cucu Tunku Kudin) dimakamkan di Masjid Kg Raja, Sg Petani, Kedah.
(ana bersama Abah ana Syed Mahadzar Bin Syed Harun Syihab dan adik ana Syed Muhammad bin Syed Mahadzar Syihab)




Makam Syed Harun bin Syed Muhammad Syihab (anak saudara Syed Abdul Hamid) dimakamkan dalam kawasan perkuburan Masjid Alor Merah, Alor Setar  Kedah.

Nota Penting: Syed Muhammad Bin Syed Hussein dan Syed Abdul Hamid bin Syed Hussein bin Syed Zainal Abidin (Tunku Kudin) merupakan adik beradik kandung.

Syed Harun Bin Syed Muhammad Bin Syed Hussein Bin Syed Zainal Abidin(cicit Tunku Kudin)
Nota: Syed Harun juga dikenali sebagai Syed Harun 'Forest' 






Syed Mahadzar Bin Syed Harun Bin Syed Muhammad Bin Syed Hussein Syihab (piut Tunku Kudin) & Isterinya Hajah Hawa Hj Ahmad



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

51 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam...maaf kerana lambat menjawab.

    Syed Abdul Hamid bin Syed Hussein Shahabuddin memang terkenal disungai petani terutama di Bakar Arang.Beliau terkenal dengan sikap tegas dan juga seorang sufi sehingga diberi gelar keramat hidup.Apa yang saya tahu beliau berpegang kuat dalam hal-hal yang berkaitan dengan ilmu ketuhanan dan kecintaan beliau kepada Jid beliau (Rasulullah SAW) sangat tinggi. Beliau jarang melafazkan sesuatu tanpa tujuan.kerana apa yang dilafazkannya akan berlaku.kalau dalam istilah ialah(mulut Masin.)
    Syed Abdul Hamid mempunyai 18 adik-beradik termasuk beliau...Beliau merupakan anak keempat Syed Hussein bin Syed Zainal Abidin (TUNKU KUDIN)
    Syed Abdul Hamid bin Syed Hussein Shahabuddin telah berkahwin dengan anak Raja Setoi.iaitu Tunku Sofiah.hasil perkahwinan mereka memperolehi 17 cahayamata.anak-anak beliau ialah...

    1.Ali
    2.Ahmad
    3.Sapura
    4.Mariam
    5.Sidah
    6.Noh
    7.Zainal Abidin
    8.Mansor
    9.Sham
    10.Zauyah
    11.Hamzah
    12.Zahir
    13.Seha
    14.Zakaria
    15.Fatimah
    16.Hussein
    dan 17.Zubaidah

    cucu-cucu beliau setakat yang saya tahu ada sekurang-kurangnya 9 orang,tetapi ianya mungkin lebih kerana itu adalah bilangan cucu beliau hasil perkahwinan anak beliau Sharifah Sidah dan juga anak abang beliau Syed Muhammad iaitu Syed Harun.Begitu juga cicit beliau sekurang-kurangnya ada 37 orang dari susur galur tersebut.
    keturunan beliau masih ramai dikedah hingga kini terutama disungai petani dan juga di kuala lumpur.

    Boleh saya tahu bagaimana saudara kenal dengan moyang saya Syed Abdul Hamid...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. berkenaan dengan Tunku Balqis...beliau adalah anak Sultan Abdul Hamid yang berkahwin dengan Sharifah Seha adik kepada Syed Abdul Hamid.Tunku Balkis merupakan sepupu kepada Sharifah Sapura.beliau merupakan 3 beradik 1 ibu. selain beliau ...adalah abang beliau iaitu Tunku Abdullah Sani dan Tunku Pengeran.Tunku Abdullah Sani mempunyai seorang anak perempuan iaitu Tunku Badeah.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. untuk pengetahuan nizam tok Syed Hamid dan adik beradiknya semua ber'bin' dan 'binti' Syed Hussein Shahabuddin atau Shahab atau Syihab.ianya bukan Jamalullail.ianya tidak kena mengena dengan kerabat Raja Perlis.Nizam boleh rujuk salasilah kesultanan kedah tulisan Dato'wan shamsudin.nizam lihat senarai isteri Sultan Abdul Hamid dan salah seorangnya Sharifah Seha.dan disitu tidak ada tulis Jamalullail.Ami rasa Tok Wan nizam jelas berkenaan ini.Ammi nasihatkan nizam bertanya kepadanya...kerana Tok Wan nizam berpengetahuan luas berkenaan perhubungan Kerabat ini.

    ReplyDelete
  8. Untuk pengetahuan nizam nama Raja Setoi itu ialah Tunku Muhammad Riau.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh,

    Ami, nama saya Syed Zahran Shahabuddin bin Syed Nahar Shahabuddin.

    Zahran tengah mencari dan membuat kajian salasilah keluarga Zahran sendiri. Nama walid Syed Nahar bin Syed Sheh Shahabuddin. Syed Sheh berkahwin dengan Tunku Hajjah Habsah ibni Sultan Abdul Hamid. Umi dari keluarga Al-Juffri. Zahran tengah mencari salur galur moyang Zahran. Zahran berharap Ami ada informasi berkenaan dengan walid dan tok bid buat Syed Sheh.

    syedzahranshahabuddin@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahran sila hubungi 017 3619814 Syed Nahar Shahab

      Delete
    2. Zahran sila hubungi 017 3619814 Syed Nahar Shahab

      Delete
  11. Satu kajian dan tulisan yg sangat bagus dan patut di baca oleh generasi muda khusu nya klg Shahabuddin,ada sikit koreski penyempurnaan tulisan ini ,yg kalipertama ke Palembang itu adalah al Habib Muhammad Zhair bin Husin bin Muhammad bin Alibin Muhammad Shahabuddin,Beliau generasi ke 33 dr Rasulullah saw.Beliau adalah klg bin shahab yg paling awwalmasuk Palemabang..
    Hb Muhammad Zhahir b Husin b Muhammad b Ali bin Muhammad Syihabuddin nikah dg anak sultan Mahmud Ba'uddin b susunan Ahmaj Najamuddin Adi Kesumo b Sultan Mahmud Badaruddin Jaya Wikraamo b Sultan Muhammad Manshur Jayo Ing Lago b Sususnan Abdul Rahman Kholifatul Mukminin Sayyidul Imam sdr Sultan Mahmud Badarudin II,jadi bukan Hb Muhammad zhahir(generasi ke 35) bin Husin bin Muhammad zhahir (generasi ke 33) bin Husin .Kesimpulan yg masuk pertama kali ke Palembang adalah al Habib Muhammad zhahir generasi ke 33.afuan,afuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang ana tau ... setelah diberitau oleh Abah ana yang mula mula datang ke Palembang Syed Hussein bin Muhammad bin Ali bin Shahabuddin Al Asghor...iaitu generasi yang ke 32 AlHabib SAW. Afuan...

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam kenal ya Habib ana dari palembang, sila kunjung fb ana di facebook.com/ubhaykhanshahab salam kekeluargaan dan ana jemput keluarga bin Shahab di kedah bila ada yang nak berkunjung ke Palembang, contact ana saja, apalagi bila masa Ziarah Kubro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal ya Habib...ana sudah 2 kali menghadiri Ziarah Kubro...insyaAllah kalau ada rezeki kita ketemu ziarah tahun depan

      Delete
    2. Salam kenal ya Habib...ana sudah 2 kali menghadiri Ziarah Kubro...insyaAllah kalau ada rezeki kita ketemu ziarah tahun depan

      Delete
  14. maaf saya ingin bertanya.....mungkin ini silap akan tetapi moyang saya berasal dari kuala muda nama allahyarham bernama Wan Bak Yah Bt Megat Aris Megat Aris (Kuala Muda ) adalah penghulu kerajaan kecil Kedah Kerajaan Turong mungkin didalam pengetahuan tuan apakah kaitan beliau dengan tumku kudin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami Wan Bak Yah siapa nama... kalau Wan Subakyah mungkin kenal...

      Delete
    2. Suami Wan Bak Yah siapa nama... kalau Wan Subakyah mungkin kenal...

      Delete
  15. Saya ada lah pewaris al-marhum moyang saya tengku abdullah@ tengku zainal abidin bin putra saya ada lah anakda kepada tengku putri binte tengku alam cucu kepada al-marhum tengku alam bin al-marhum tengku Abdullah sapa sapa boleh cari salasilah keluaga toloing ws saya number ini +6593585711

    3 adk beradk nenda saya
    (1)al-marhum Tengku sheriff bin tengku abdullah
    (2)al-marhum tengku alam bin tengku abdullah
    (3)al-marhum tengku said bin tengku abdullah

    ReplyDelete
  16. Sya ingin mengetahui tentang anak cucu sharifah seha...

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Saya nak mencari salasilah keluarga belah ibu saya yang mungkin berketurunan dari Tunku Kudin dari Kedah. Setakat yang saya pasti, moyang ibu saya adalah Sharifah Taramah (atau Teramah...tak pasti ejaan) binti Syed Osman. Yang saya faham dan setakat yg dpt dicari oleh pakcik2 saya, Syed Osman ni adalah anak raja dari Kedah yg lari dari istana dan kahwin dengan dayang, kemudian menetap di Negeri Sembilan. Saya belum boleh dapat kepastian siapa ayahanda Syed Osman dan mungkin kalau ada maklumat yang boleh membantu mendapat kepastian siapakah raja yang dimaksudkan itu. Mungkin, saya rasa adalah berkuturunan daripada Tunku Kudin.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Sy syed mohd fisol b. Syed md noor b. Syes kassim b. Syed noh shahabuddin. Sedang mencari nama sambungan syed noh b. ?? Apakah 17 nama yg di atas ini adalah sambungan bin tersebut? Mohon penjelasan dr tuan.

      Delete
    2. Assalamualaikum. Sy syed mohd fisol b. Syed md noor b. Syes kassim b. Syed noh shahabuddin. Sedang mencari nama sambungan syed noh b. ?? Apakah 17 nama yg di atas ini adalah sambungan bin tersebut? Mohon penjelasan dr tuan.

      Delete
    3. Waalaikumsalam... Tolong wassap no 017 3619814

      Delete
  18. Assalammualaikum saya sedang mencari salasilah keturunan dari sebelah ayah saya iaitu syed md ridzuan bin syed osman bin syed muhammad aka raden sanusi. Ayah saya ada memberikan salinan tulisan tangan almarhum kepada sya tetapi saya tidak dapt menterjemahkan. mohon bantuan daripada saudara sekalian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila hubungi saya... Syed Nahar 017 3619814

      Delete
    2. Ammi, saya adalah cucu Sharifah Sapura. Mohammad Faisal Bin Abdul Ghani. Ibu saya Wan Teh. Kita pernah bertemu di rumah Pak Long saya;Megat Shuib. Terima kasih kerana penerangan Ammi.

      Delete
  19. Assalamualaikum ami. Boleh dak saya nk tanya serba sedikit. Saya sangkut belah tunku kudin, then tunku haidar, n tunku rofeah, tuk saya sharifah hamidah n walid saya syed ibrahim syed othman.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum... Maaf menganggu tuan... Sya pun ingin bertanya andai tuan tau... Sya ingin juga nk tau salasilah moyang sya lebai hasyim bin lebai saleh bin tungku mahmud... Yan kedah. Lebai hasyim ni atuk sebelah ayahnya tungku mahmud, sebelahnya pula syed othman... Dimakamkan di yan kedah. Andai ada pengetahuan tuan bolehlah berkongsi dgn sya...

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum mcm mana susun galur keturunan tidak Ada gelaran Syed Dan tunku dipangkal nama..minta penjelasan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam... Maksud Tuan Susie galur siapa ya...

      Delete
    2. Assalammualaikum.nama Ana Syed Sidiq SHAHABUDIN bin Syed Abdul aziz.nams walit Ana Syed Abd ziz bin Syed Hassan.ana hendak tahu Ana hnie dari susur galur mana terima ksh

      Delete
  22. BAB KEMATIAN TUNKU KUDIN ADA KEKHILAFAN...

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum, Tuan. Saya mewakili seluruh ahli keluarga kami yang menetap di Permatang Ramai dahulu dan sekarang Permatang Rambai,Penaga Seberang Perai Utara,Pulau Pinang, Kami adalah keturunan Tok Yah Orang kaya ( gelaran bagi penduduk daerah Penaga..dan kami diwasiatkan mencari nenek moyang kami sebelah kedah sebelah syed hassan dan syed hussien..itu yang diberitahu..keturunan kami lari semasa perang bisik dan diceritakan membawa bersama persalinan putri dari Kedah..terpisah akibat perang kedah siam..diceritakan turun temurun dari jenerasi ke jenerasi..cuma yang kami tahu keturunan belah kedah keturunan raja2..dan kami diberitahu kami adalah dari susur galur syed hassan..mereka dua beradik syed hussein dan syed hassan..kami cuma dapat di sebelah.sg limau,sg sedaka,dulang dan sekitar yan,kedah..cuma kami tahu mereka ini dari keturunan yang terpisah adik beradik..dan ada yang sudah tidak menggunakan gelaran..termasuk kami di Penaga sebab cerita nenek moyang kami gelaran terpaksa dirahsiakan agar tidak diketahui kerana keturunan moyang kami syed hassan dicari pihak istana untuk dibunuh....itu yang kami ingat. Adik beradik di sebelah yan kedah semuanya menjadi alim ulama yang membuka pondok seluruh kedah..nama2 guru2 ini juga ditukar kepada nama biasa atas sebab keselamatan..dan sehingga kini kami semua tiada gelaran cuma yang kami tahu susur kami dari keturunan syed hassan dan saudaranya adalah syed hussein..mohon dari pihak tuan sekiranya tuan sekiranya tahu anak dari syed hassan ini dan cucu beliau..terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum tuan,boleh bagi nama susur galur sampai ke Syed Hassan boleh.?? sebab saya dari Syed Hassan jugak tinggal di Sungai Petani..saya taw makam Syed Hassan di mna..tapi nk tnya tuan tahu jugak lokasi makam Syed Hassan..??

      Delete
  24. Salam ammi, saya adalah cucu kepada Seripah Rokieh binti Syed Ahmad bin Syed Abdul Hamid bin Syed Hussein Shahabuddin. Saya mmg berminat nak mengetahui salasilah keluarga Sahabuddin, di mana boleh saya cari lagi sejarah keluarga ini? Mohon balasan dari ammi.

    ReplyDelete
  25. Salam, saya keturunan dari Syarifah Zawiyah binti Syed Hussein Shahabuddin yanh berasal dari Kedah dan kahwin dengan Tengku Nurdin (Kerajaan Padang, Tebingtinggi).
    Apakah tuan tahu apakah Syed Hussein Shahabuddin yang dimaksud ialah anak dari Tunku Kudin? Terimakasih banyak sebelumnya.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya siapa kah Tengku Syarifah Nur Balqis. Masih adakah orang nya?

    ReplyDelete
  27. Kalo boleh jabarkan istri2 Syed Husein bin Tengku kudin itu

    ReplyDelete
  28. tumpang tnya tuan,salasilah keturunan Tengku Kudin(syed zainal abidin) ni ada sangkut dengan Pattani atau Kelantan tak masa era zman SYeikh Hussein jamadil Qubro ,Sultan Syeikh Wan Muhammad Arriffin Syah (tok kelupang/ tok janggut) di pattani...??? mohon yang arif beri penjelasan yg detail,trim kasih..

    ReplyDelete
  29. Lama Saya Tak update blog ini...jika ada pertanyaan boleh wassap Saya di no. 017 3619814... insyaAllah yg Saya tau, Saya akan jelaskan...yg diluar pengetahuan Saya...Saya mohon ampun Dan Maaf...

    ReplyDelete